Sunday, 8 May 2016

PRASARANA KEMUDAHAN FIZIKAL 
OLEH BADAN KEBAJIKAN
SEKOLAH AGAMA SERI UTAMA, BATU PAHAT, JOHOR

Kemudahan Fizikal berikut telah disumbangkan oleh Badan Kebajikan Sekolah Agama Seri Utama untuk kemudahan semua guru, murid-murid, penjaga dan seluruh warga sekolah.


GARAJ KERETA GURU

SUSUR GAJAH
 
KOLAM AIR PANCUT

PONDOK REHAT DAN BACAAN
 
GARAJ MOTOSIKAL

PONDOK MENUNGGU
 
 
PONDOK REHAT



 




Saturday, 7 May 2016

BARISAN AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA SERI UTAMA SESI 2015/2016   
(DUDUK)
Dari kiri En. Jefri, Ustaz Baharudin (Guru Besar/Setiausaha), En. Yusoff (Pengerusi), En. Jayus dan En. Halimuddin.

(BERDIRI)
Dari kiri Ustzh Hjh. Salmah, Pn. Saodah, Ustzh Hjh. Kamariah, Pn. Masitah, Pn. Noraidah, Ustzh Nor Hayati, Pn. Rosilah dan Pn. Fazidah.

KEDAI AMANAH


Kedai Amanah dilancarkan oleh Tn. Guru Besar selaku Setiausaha Badan Kebajikan dengan idea bersama Pengerusi dan barisan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan, Sekolah Agama Seri Utama.

Antara tujuan Kedai Amanah ini dilancarkan ialah:

1. Melahirkan sifat amanah dalam kalangan murid dengan cara berjualbeli secara layan diri.

2. Menggalakkan murid membeli sambil menderma kepada tabung Badan Kebajikan dimana keuntungan jualan akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut.

3. Menanamkan keyakinan dan kepercayaan bahawa Allah S.W.T. Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap perbuatan hambaNya.

KAEDAH JUALBELI LAYAN DIRI

1. Murid memastikan harga alat tulis yang berkenaan.

2. Murid meletakkan bayaran ke dalam tabung yang disediakan.

3. Murid mengambil alat tulis yang dikehendaki selepas membuat bayaran.